Kata-Kata Hikmat dan Kosa Kata

KATA-KATA HIKMAT

1. Lombong emas dalam diri kita ialah fikiran anda boleh menggalinya sepuas yang anda inginkan.

Abdullah Mansur M.H.

2. Bohong sekali kerap menjatuhkan harga diri seseorang di hadapan semua manusia buat selama-           lamanya.

Abraham Lincoln

3. Kata-kata yang ditulis dapat memenangi hati lebih banyak orang jika dibandingkan dengan kata-kata       yang diucap. Setiap gerakan yang besar di dunia lebih terhutang budi kepada tokoh-tokoh penulis           daripada tokoh-tokoh pidato.

Adolf Hitler

4. Orang budiman sering memikirkan kesalahan yang ada pada dirinya, tetapi tidak memikirkan                   kesalahan orang lain.

Hamka

5. Jangan membuang waktu walau seminit pun untuk memikirkan orang yang kita tidak sukai.

George Elliot

KOSA KATA

1.Aspirasi-hasrat
2. Inferens-kesimpulan
3. Sambil menyelam minum air-mendapat dua faedah dalam satu masa yang sama
4. Ilustrasi-gambar
5. Bitara-tiada tandingan
6. Acap kali-sering
7. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.-berfikir semasak-masaknya
8. Konkurensi-persaingan
9. Penawar yang paling mujarab-cara paling berkesan
10. Menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak.-berhati-hati
dalam setiap tindakan
11.Memanifestasikan fikiran – Menggunakan idea dengan sebaik-baiknya
12.Menukilkan kata-kata – Menulis / bercakap sesuatu
13.Memberikan impak – Mengakibatkan / menyebabkan
14.Rentetan senario itu – Selepas fenomena itu
15.Jika ditelusuri – Jika dikaji secara mendalam
16.Penyalur ilmu – Pemberi banyak pengetahuan
17.Alaf baharu – Masa terkini
18 Mutakhir ini – Pada masa kini
19.Seantero dunia – Seluruh dunia
20.Menikam sanubari – Merosakkan perasaan
21.Meluaskan horizon pemikiran – Meluaskan pandangan / pemikiran
22.Menggabungjalinkan elemen – Menggunakan pelbagai aspek
23.Merangsang ekonomi – Mengaktifkan proses jual beli
24.Lebih intelektual dan berketerampilan – Lebih bijak dan berkebolehan
25.Simbiosis – Dua benda yang saling berkaitan
26.Masih bermain dengan fantasi – Berkhayal / bermenung / tidak berfikiran matang
27.Mendabik dada – Kesombongan akibat kejayaan / keangkuhan
28.Mengkodifikasikan undang-undang – Menyelaras undang-undang / peraturan
29.Kestabilan spiritual dan fizikal – Keseimbangan rohani dan jasmani
30.Mekanisme kawalan – Alat / aspek yang mengawal sesuatu
31.Pandangan sarwa – Pemikiran biasa / umum
32.Anjakan paradigma – Perubahan demi kemajuan atau kebaikan
34.Relevan dengan kehendak zaman – Diterima dengan perubahan dari semasa ke semasa
35.Landasan berfikir – Cara berfikir
36.Masyarakat konvensional – Masyarakat umum / biasa
37.Mengaibkan diri – Memalukan diri
38.Alma mater – Sekolah / universiti / tempat pelajar
39.Kemapanan fikiran – Keteguhan cara berfikir
40.Alpukah – Daya usaha / inisiatif
41.Bacul – Tidak bersemangat
42.Badai kehidupan – Cabaran hidup
43.Inteligensia – Kumpulan manusia yang pandai
44.Bukti yang konklusif – Bukti yang kukuh
45.Praja – Kota / negeri
46.Prakarsa – Inisiatif / daya usaha
47.pramusaji – Pelayan tetamu di restoran
48.Rutin harian – Kerja yang biasa dilakukan dan sehari-hari
49.Nawaitu diri – Keinginan diri
50.Narsisistik – Terlalu memuji diri sendiri

PERIBAHASA YANG SESUAI DIMASUKKAN DALAM KARANGAN

Simpulan Bahasa

  • Batu loncatan – sesuatu yang dijadikan asas atau alat untuk mencapai sesuatu tujuan.
  • Cangkul angin – membuat kerja yang tidak berfaedah.
  • Durian runtuh – keuntungan yang tidak disangka- sangka.
  • Kucing bertanduk – perkara yang mustahil berlaku.
  • Terang tanah – waktu hampir terang.
  • Serkap jarang – menuduh secara agak-agak sahaja.
  • Ibu keladi – wanita tua yang berkelakuan seperti orang muda.
  • Jinak-jinak merpati – seseorang yang peramah dan mudah bergaul mesra tetapi sukar dipikat.
  • Upah seraya – memberikan upah sekadar sagu hati atas bantuan yang ikhlas yang diberikan.
  • Zaman atom – zaman kemajuan sains dan teknologi.

Perumpamaan

  • Bagai disambar helang – orang yang hilang dengan tiba-tiba.
  • Bagai menatang minyak yang penuh – memelihara anak dengan penuh kasih sayang.
  • Bagai pinang dibelah dua – pasangan yang sama cantik dan sama padan.
  • Seperti api dalam sekam – musuh yang berlagak seperti kawan.
  • Seperti aur dan tebing – kerjasama yang erat antara dua pihak.
  • Seperti kacang lupakan kulit – orang yang mudah melupakan jasa orang lain.

Bidalan

  • Ada udang di sebalik batu – mempunyai niat tertentu di sebalik perbuatan yang dilakukan.
  • Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat – kata sepakat tercapai melalui mesyuarat.
  • Cencaru makan petang – pekerjaan yang lambat tetapi hasilnya baik.
  • Duduk sama rendah berdiri sama tinggi – orang yang sama darjat.
  • Gali lubang menutup lubang – menebus hutang yang sedia ada untuk meminjam wang.
  • Tanam cempedak, tumbuh nangka – memperoleh sesuatu lebih daripada yang diharapkan.
  • Rebung tidak jauh dari rumpun – tabiat seseorang mirip kepada tabiat ibu bapanya.
  • Sama lebur sama binasa – orang yang seia dan sekata.
  • Walaupun ada umpan, belum tentu ada ikan – walaupun sudah ada persiapan yang mencukupi tetapi belum tentu akan memperoleh hasil yang baik.
  • Yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang – seseorang yang bertuah mendapat keuntungan dari mana-mana sahaja.

Pepatah

  • Ayam terlepas, tangan bau tahi – orang yang ingin mencari keuntungan tetapi akhirnya menanggung kerugian atau kesalahan.
  • Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam – setiap orang mempunyai citarasa masing-masing yang berbeza.
  • Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga – pergaduhan antara adik-beradik tidak berpanjangan, akhirnya berbaik semula.
  • Enggang sama enggang, pipit sama pipit – bercampur gaul bersama orang yang sama taraf dan kedudukan.
  • Ibarat burung, mata lepas badan terkurung – dipelihara dengan baik tetapi tidak mempunyai kebebasan.
  • Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa – kebolehan seseorang itu tidak boleh diukur dengan usia atau saiz seseorang itu.
  • Lembu punya susu, sapi dapat nama – orang lain yang berusaha, orang lain yang dipuji.
  • Nyiur setandan tetapi berlain-lain jadinya – meskipun anak-anak itu seibu dan sebapa tetapi tabiat mereka jauh berbeza.
  • Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya – tersilap percakapan akan mendatangkan bahaya kepada diri sendiri.
  • Yang sejengkal takkan jadi sehasta – rezeki yang sudah ditakdirkan tidak dapat diubah lagi.

TAHUKAH ANDA?? > PERIBAHASA DIAMBIL BERDASARKAN PERILAKU MANUSIA DAN AYAT-AYAT DIAMBIL BERDASARKAN ALAM SEKITAR.